SERBA-SEDIKIT MENGENAI BADAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SMMHT

Badan Pembimbing Rakan Sebaya SMMHT terbahagi kepada 2 bahagian iaitu PRS SMMHT dan KUMPULAN BERTINDAK ANTI DADAH SMMHT (A-TEAM). Kedua dua bahagian ini bernaung dalam 1 badan iaitu BADAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SMMHT. Badan ini mula bergerak aktif semenjak tahun 2008. Setakat ini ahli-ahli PRS SMMHT sudah mencapai lebih kurang 72 orng ahli(termasuk bekas PRS SMMHT).
**Ahli-ahli Kumpulan Bertindak Anti Dadah SMMHT(A-Team) terdiri dari PRS SMMHT dan sebaliknya.**

MOTTO PRS SMMHT

MOTTO PRS SMMHT-
"SEDIA BERBAKTI,BERDISIPLIN DAN BERGERAK MAJU"

MOTTO A-Team SMMHT-
"DADAH MEMBAWA PADAH!"

PRS SMMHT

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

prs smmht


I made this widget at MyFlashFetish.com.

TEMUDUGA PRS SMMHT SESI 2011-2012

Pada bulan Januari yang lalu, Badan PRS SMMHT telah mengadakan sesi temuduga untuk menjadi ahli baru PRS SMMHT sesi 2011-2012. Pendaftaran di bukakan untuk penuntut tahun 9 dan 10x sahaja. Seramai lebih kurang 30 orang penuntut mendaftar untuk menyertai Badan PRS ini. Sesi Temuduga ini di jalankan selama 2 hari. Semua yang mendaftar akan di temuduga oleh Kaunselor SMMHT , 4 orang guru Pengawas PRS SMMHT dan Pengerusi serta ketua PRS SMMHT sesi 2010-2011. Temuduga ini berjalan lancar serta teratur seperti yang di harapkan dan seramai 20 orang telah terpilih untuk menjadi ahli PRS SMMHT sesi 2011-2012. Tahniah kepada mereka.

MAJLIS PERPISAHAN CG HAIRANI DAN 'REUNION' PRS SMMHT 2010



Pada bulan januari yang lalu, PRS SMMHT telah mengadakan Majlis Perpisahan untuk Cikgu Hairani binti Tabib iaitu Kaunselor SMMHT(mantan) yang telah di pindahkan ke jabatan Kaunseling di Bandar Seri Begawan dan melanjutkan pelajaran nya d Universiti. Acara ini di adakan di Restoran Nurizna, Beribi , bermula jam 2 petang. Di samping itu, acara ini di adakan untuk merapatkan lagi tali silaturahmi antara ahli-ahli PRS SMMHT. Tetamu terhormat majlis iaitu Cikgu Hadion Lim Beng Guan, Pengetua SMMHT. 'Reunion PRS SMMHT' ialah aktiviti tahunan PRS SMMHT.




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ;)


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2010
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN

IKHLAS DARI KAMI:
BADAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SMMHT 2010