SERBA-SEDIKIT MENGENAI BADAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SMMHT

Badan Pembimbing Rakan Sebaya SMMHT terbahagi kepada 2 bahagian iaitu PRS SMMHT dan KUMPULAN BERTINDAK ANTI DADAH SMMHT (A-TEAM). Kedua dua bahagian ini bernaung dalam 1 badan iaitu BADAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SMMHT. Badan ini mula bergerak aktif semenjak tahun 2008. Setakat ini ahli-ahli PRS SMMHT sudah mencapai lebih kurang 72 orng ahli(termasuk bekas PRS SMMHT).
**Ahli-ahli Kumpulan Bertindak Anti Dadah SMMHT(A-Team) terdiri dari PRS SMMHT dan sebaliknya.**

MOTTO PRS SMMHT

MOTTO PRS SMMHT-
"SEDIA BERBAKTI,BERDISIPLIN DAN BERGERAK MAJU"

MOTTO A-Team SMMHT-
"DADAH MEMBAWA PADAH!"

PRS SMMHT

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

prs smmht


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Aktiviti Riadah di Bukit Shahbandar


Seramai lebih dari 20 ahli Pembimbing Rakan Sebaya SMMHT mengikuti aktiviti ini yang diadakan pada 1hb. Mei yang lepas. Ini merupakan kali pertama aktiviti ini diadakan dan di ketuai oleh Cikgu Abd. Razid bin Hj. Abd. Kadir. Aktiviti ini dimulakan dengan memanaskan badan selama 15 minit .
Ia merupakan antara aktiviti tahunan yang dikendalikan oleh Badan PRS SMMHT untuk mengisi masa lapang. Aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan tetapi juga boleh mengelakkan pelajar dari terlibat melakukan perkara yang tidak bermoral. Aktiviti ini bukan hanya menguji stamina ahli kumpulan malah mampu membentuk semangat setia kawan di kalangan ahli agar hubungan baik sentiasa terjalin walaupun di luar waktu sekolah.

Semua ahli berjaya mendaki sebayak sembilan bukit yang terdapat di sana dalam jangka masa 1 jam 30 minit.